Friday, May 22, 2009

MACAU Destinasi luar negara

Daeng baru saja pulang dari Macau, mendapat undangan kesana selama hampir setahun dalam tempoh masa tersebut Daeng mengambil kesempat melancong ke Hong Kong dan China, di sana banyak yang dapat di pelajari terutama dalam bidang Seni Lukis.

Daeng Ariffin Sedang Melukis Tempahan

Ketabahan nya sukar ditandingi mana-mana pelukis pun, dalam usia yang begitu senja masih tegap mengharungi segala rintangan demi mencari rezeki dari bakat yang ada. Kuala Lumpur menjadi Destinasi harapan untuk hidup nya.

Setiap hari Daeng Ariffin mengusung peralatan Senilukis dan Alat Muzik Kesayangan nya (Bagpipe) Satu jenis alat tiupan dari Scotland. Kalau diambil kira dari usia senja nya, manakan ada kudrat untuk menggalas segala macam peralatan tersebut. Tetapi oleh kerana semangat nya yang tidak pernah tumpul Daeng terus berusaha tanpa menghiraukan apa orang lain kata.

Daeng Ariffin mampu menguasai semua jenis catan, tetapi Cat Air menjadi bahan utama dimana saja dia pergi. Setiap hari Central Market menjadi destinasi utama Daeng sehingga Larut Senja, pada malam nya pula Daeng mengemas segala peralatan nya termasuk bagpipe untuk bermusafir di UP TOWN Cheras ataupun Danau Kota, sudah pasti menjangkau ke Larut Malam. Keismewaan yang tidak ada pada pelukis lain, Daeng pandai meniup Bagpipe, jika tiada tempahan dari peminat senilukis Daeng mengisi masa menghiburkan para pengunjung dengan bermacam lagu.

Thursday, May 21, 2009

Daeng Ariffin ( PELUKIS TERKENAL MALAYSIA)


Hidup nya bersemangat sebagai seorang pelukis Veteren pernah menghadiri kursus Seni Tampak di ITM Shah Alam dibawah bimbingan Tuan Haji Mazli Mat Som (Allahyarham) awal tahun 70'an.
Berasal dari PERAK, kelahiran Simpang Pulai Ipoh.